Dapatkan produk terkini daripada PATIK. Telur Masin yang berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada telur itik segar. Kenapa perlu dapatkan telur masin PATIK?
- Produk dari PATIK GROUP yang halal, InshaAllah
- Rasa lemak-lemak masin yang sedap
- Dibuat dari telur itik yang segar
- Yolk berwarna oren kemerahan
- Tahan lama, 3 bulan pada suhu bilik dan lebih setahun di dalam peti ais (chiller)
- Mudah dibersihkan, hanya letakkan di bawah air yang mengalir
- Mudah dimasak, hanya rebus selama 7 minit
Senarai pembekal Telur Masin PATIK.
- Negeri Sembilan
- Seremban ( Paroi, Ampangan, Senawang) – Aunty Lina 012-344 8230
- Kuala Pilah (Ulu Bendul, Pekan Pilah) – En. Fitri 016-243 0942
- Kuala Lumpur
- Pahang
Bagi menambah jaringan pemasaran produk telur masin , kami membuka peluang kepada rakan perniagaan baharu. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada En. Hairul 013-6520268.
Previous
Next
MAKSUD PATIK?
PATIK adalah singkatan bagi Pengusaha Anak & Telur Itik Kolopilah. Perkataan PATIK itu juga melambangkan panggilan adat istiadat Negeri Sembilan yang berciri teras dengan adat pepatihnya. Lokasi kawasan perusahaan ini berada dalam lingkungan kawasan pelancongan yang terkenal (Ulu Bendul). Bersebab perkara itu maka perkataan PATIK diwujudkan secara komersial di Negeri Sembilan khususnya di kawasan strategik ini.
PERNIAGAAN
Perancangan perniagaan ini sudah beberapa tahun bermula dari rangka kerjanya. Pada permulaan usaha tenaga yang terlibat hanya menumpukan perusahaan telur mentah sahaja. Dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa, kini kami sudah mula mengembangkan beberapa pecahan perniagaan kepada Perusahaan Telur Asin, Perusahaan Telur Benih, Perusahaan Anak Itik dan Perusahaan Telur Mentah pada keseluruhannya.
MATLAMAT
Dari segi rangkaian perniagaan dalam pemasaran, sudah ramai yang sedia maklum tentang produk yang berasaskan telur itik. Beberapa masalah yang dikenalpasti adalah berpunca dari kualiti pengeluaran telur dalam pasaran yang kurang konsisten kerana penjagaan yang rumit menjadi faktor telur itik tidak begitu popular seperti perusahaan telur ayam. Oleh yang demikian, pihak Syarikat Patik Infinity Solutions yang beralamat di No.7 Kampung Sawah Liat Ulu Bendul mengambil peluang dalam mengembangkan perniagaan ini secara komited dan tersusun bagi memenuhi bekalan pasaran telur itik di pasaran tempatan. Perniagaan yang kami maksudkan adalah Ternakan Itik Telur (Khaki Campbell).