PERKHIDMATAN

Telur Oren

Inilah usaha pertama kami pada permulaan perniagaan. Bermula dengan membela itik telur bagi menghasilkan telur itik mentah untuk dipasarkan sekitar kawasan setempat seperti Pekan Kuala Pilah. Dalam tempoh percubaan pasaran 3 bulan pertama menampakkan permintaan telur itik mentah begitu menggalakkan. Warna Yolk (Oren) yang terhasil menjadikan telur itik mentah mula mendapat sambutan kembali dari masyarakat tempatan. Terdapat masalah yang dikenalpasti datang dari bahan mentah yang kurang konsisten bekalan di setiap kawasan Kuala Pilah serta daerah-daerah lain amnya. Bertitik tolak pada keadaan ini dapat di jadikan ukuran bahawa pasaran bekalan telur itik mentah masih luas di luar sana bagi pengusaha yang mahu berlumba-lumba menjadikan ternakan itik telur ini satu bidang perniagaan khususnya di negeri masing-masing

Telur Asin

Kesinambungan perusahaan telur itik mentah syarikat membuka pecahan perniagaan kepada perusahaan Telur Asin atas permintaan pasaran yang lebih tinggi dalam perniagaan telur itik. Harga sebiji telur asin juga dapat dinaikkan nilainya berbanding telur itik mentah. Apa yang kami usahakan dari perusahaan telur asin menjadikan pasaran telur itik tidak mencukupi dari kiraan skala kawasan pasaran yang kami terlibat. Penggunaan bahan membuat telur asin menggunakan air bukit Gunung Angsi membuatkan ketahanan telur daripada menjadi rosak dapat dipanjangkan masanya berbanding dengan menggunakan sumber air paip.

Telur Benih

Melihat dari permintaan pasaran yang tinggi, kami berjinak-jinak dalam menghasilkan baka berkualiti dari induk sendiri. Seawal permulaan dari baka induk secara teknikal sudah mula dijaga dan di kawal dari unsur permakanannya yang terbaik. Pilihan dedak dari jenama Cargill adalah pilihan kami dalam mengawal kualiti produk yang bakal terhasil. Ini bagi menghasilkan telur yang berkualiti dan kuat daya tahannya. Perusahaan itik ini telah dirangka dan disusun pada awal permulaan menjadikan jumlah itik yang diternak melayakkan telur-telur yang dijanakan adalah berbenih. Dengan nisbah 3:7 telur, boleh menghasilkan telur berbenih pada keseluruhan pengeluaran telur setiap hari. Itulah wawasan kami yang utama untuk menjadikan perusahaan itik ini berkembang ke tahap yang lebih baik dalam perniagaan ternakan khususnya.

Anak Itik


Capaian yang telah kami wujudkan sekarang selain dari perusahaan telur itik mentah, telur asin dan telur benih, pihak syarikat turut mengembangkan dan menyediakan perniagaan anak benih itik telur di tempat kami. Rekod syarikat tahun ini (2017) sudah menghasilkan sekitar 30 ke 40 ribu anak benih itik Khaki Campbell. Medan pasaran melalui internet menjadikan permintaan mula berkembang di setiap negeri. Untuk menjadikan perniagaan ini lebih tersusun dan komited, kami telah melantik beberapa pengusaha ternakan dan syarikat tempatan di setiap negeri untuk bersama-sama mengembangkan perniagaan itik telur di daerah masing-masing untuk memenuhi keperluan pasaran makanan negara bagi telur itik.

Dedak Itik Penelur
Cargill Layer (Cod 4052)

Kualiti makanan ternakan begitu penting pada masa kini bagi memastikan produk perniagaan yang dihasilkan mendapat tempat di hati pengguna dan juga peniaga. Di atas perkara ini pihak pengurusan Cargill menawarkan satu kerjasama melantik pengurusan Patik sebagai pengedar utama kepada jenama ini. Pengeluar jenama Cargill khusus (kod 4052) terbukti lebih terjamin dan efisyen. Testimoni pada pengusaha yang telah menggunakan jenama ini sudah pastinya memberi jawapan yang sama dari penghasilan nilai tambah kualiti yang terkesan kepada ternakan masing-masing. Kesinambungan rangkaian yang terbina di antara kedua-dua pihak mempunyai misi dan visi yang sama dalam mengorak rangkaian mengikut strategi masing-masing. Kami juga ada menawarkan urusan jual beli hasil produk penternakan untuk dipasarkan secara kaedah "team work". Dengan kaedah begitu sudah pasti banyak kemudahan dapat dicapai serta nilai produk keluaran pengusaha ternakan dapat ditingkatkan kepada yang lebih baik melalui kaedah yang kami sediakan.